PAUSE HERE

Sunday, September 13, 2015

GOLONGAN KATA

2.0 GOLONGAN KATA
2.1 Kata Nama
Menurut Norliza(2008) mendefinisikan kata nama sebagai nama bagi orang, tempat atau benda. Binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan perkataan-perkataan lain sebagai penentu atau penerangannya. Golongan kata nama ini boleh dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu:

2.1.1    Kata nama khas
Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda atau orang yang bersifat khusus (Ab. Razak,1994). Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan menggunakan huruf besar dalam sesuatu penulisan.

2.1.2  Kata nama am
Kata nama am adalah perkataan yang merujuk kepada benda, tempat, perkara atau konsep yang sifatnya umum. Nama benda-benda biasanya disebut kata nama am dan perkataan am tersebut bermakna biasa (Abdullah,2008).

2.1.3 Kata ganti nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Berikut adalah secara ringkas tentang kata ganti nama.

2.1.3.1 Kata ganti nama tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud yang menunjukkan benda atau perkara. Terdapat dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini dan itu. Ini menunjukkan sesuatu benda yang dekat dan itu menunjukkan sesuatu benda yang jauh.

2.1.3.2 Kata ganti nama diri
i.              Kata ganti nama diri tanya.
Kata nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya. Contoh yang terdapat dalam artikel adalah
ii.             Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama orang mengandungi perkataan yang mmerujuk diri orang yang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.
2.2 Kata kerja
Menurut Norliza(2008) kata kerja didefinisikan sebagai perbuatan yang dilakukan. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstraksi frasa kerja. Terdapat dua jenis kata kerja iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.

2.2.1  Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja tak transitif  tidak menggunakan sebarang objek atau penyambut selepas kata kerja tersebut (Siti Hajar,2011)
2.2.2 Kata kerja transitif
            Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.  Menurut Faridah Nazir (2013), kata kerja transitif bermaksud kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.  Kata kerja transitif pula terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.
 2.3 Kata adjektif
Menururt Abdullah (2008), kata adjektif menunjukkan sifat kata nama, baik kata nama yang menunjukkan benda, orang tempat atau idea. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, terdapat sembilan kata adjektif.
            
Rajah 4 : Kata Adjektif
2.3.1  Kata adjektif keadaan/sifatan
Kata adjektif keadaan bermaksud kata adjektif yang terdiri daripada kata yang menerangkan perincian kualiti tertentu pada tabiat atau kelakuan serta perangai manusia (Ab. Razak,1994).
2.3.2 Kata Adjektif Ukuran
Kata adjektif ukuran memberi pengertian ukuran sebagai penerangan (Ab. Razak,1994).
2.3.3 Kata Adjektif Jarak
Kata adjektif jarak menerangkan jarak antara dua titik, iaitu daripada penutur kepada benda yang dirujuknya (Ab. Razak,1994)
2.3.4 Kata Adjektif Cara
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata adjektif cara ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama.

2.3.5 Kata Adjektif Pancaindera
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, keta adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerang kata nama.
2.3.6 Kata Adjektif Perasaan
Kata adjektif perasaan pula terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep perasaan sebagai penerang kata nama dan harus diikuti kata sendi nama (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 1996)
 .4 Kata tugas
Kata tugas ialah kata-kata yang menjalankan tugas, sama ada terhadap kata atau ayat keseluruhannya (Hassan,1988). Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, kalusa, atau frasa untuk mendukung sesuatu kata tugas sintaksis tertentu. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata tugas dibahagikan kepada empat kelompok dasar kata tugas. Antaranya, kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan kata pascakata.
Kata penyambung ayat merangkumi kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. Kata praklausa merangkumi kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat. Seterusnya, kata prafrasa meliputi kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah dan kata bilangan. Akhir sekali iaitu kata pascakata iaitu kata penekan dan kata pembenda.

2.4.1 Kata penyambung ayat
i.              Kata hubung gabungan
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata hubung gabungan ialah sejenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.
ii.             Kata hubung pancangan
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata hubung pancangan ialah jenis kata yang menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.
2.4.2 Kata praklausa
i.              Kata tanya
Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.
2.4.3Kata prafrasa
i.              Kata bantu
Kata bantu ialah jenis kata yang bertugas membantu frasa kerja, prasa adjektif, dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan.

ii.             Kata penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
iii.            Kata nafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, frasan nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
iv.           Kata pemeri
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
v.            Kata bilangan
Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama.
vi.           Kata penegas
Kata penegas ialah ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.
vii.          Kata sendi
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

No comments:

Post a Comment