PAUSE HERE

Monday, April 25, 2016

Falsafah dan Pandangan Tokoh-tokoh Pendidikan Awal Kanak-kanak

Falsafah dan Pandangan Tokoh-tokoh Pendidikan Awal Kanak-kanak
Pada peringkat awal, terdapat pelbagai falsafah dan pandangan daripada tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
1.1  Imam al-Ghazali
Tokoh Islam yang pertama adalah Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali telah mengemukakan beberapa pandangan dan idea-idea beliau tentang pendidikan awal kanak-kanak. Menurut Azizah dan Zainun(2005) pandangan daripada Kitab Ihya Ulumiddin mengenai pendidikan kanak-kanak oleh Imam Al-Ghazali adalah seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya. Ini bermakna, perempuan yang berakhlak mulia sesuai dijadikan contoh kepada anak-anak kecil yang baru ingin mengenal dunia.
            Seterusnya, Imam al-Ghazali menyatakan bahawa didiklah kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. Adab sopan haruslah dipupuk sejak daripada kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak juga akan lebih berabad jika dididik dengan pegangan agama yang kuat.Tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, beserdehana dalam perlakuan, tidak bekawan dengan orang jahat dan tidak berbangga juga merupakan idea dan pandangan Imam al-Ghazali dalam pendidikan awal kanak-kanak. Apabila mereka melangkah ke alam remaja mahupun dewasa, mereka akan berkelakuan baik kerana telah dididik untuk melakukan amalan yang mulia dan lebih menghormati orang yang lebih tua daripada usianya.
            Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka. Pandangan ini dikemukakan oleh Imam al-Ghazali untuk mengelakkan kanak-kanak bersikap kurang ajar dan tidak menghormati orang tua dan ibu bapa apabila mereka dewasa kelak.Seterusnya, tidak boleh keterlaluan apabila mendera kanak-kanak. Tidak boleh menceuh dan menimbulkan kebencian dalam diri mereka haruslah dielakkan dalam diri setiap keluarga ataupun penjaga kanak-kanak itu. Walaupun dalam Islam menekankan untuk bersikap tegas, namun kita haruslah mengelakkan sikap keterlaluan dalam menghukum kanak-kanak tersebut apabila mereka melakukan kesalahan, sebaliknya kita haruslah menyayangi dan membimbing kanak-kanak tersebut.
            Di samping itu, memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. Sebagai seorang pendidik mahupun ibu bapa, kita mestilah menunjukkan sikap yang baik dan positif dihadapan kanak-kanak. Ini disebabkan, kanak-kanak akan mengikut segala kelakuan yang orang dewasa lakukan dihadapan mereka. Jika kita menunjukkan sikap yang buruk, mereka serta merta akan mengikut tingkah laku kita. Oleh itu, kita mestilah menunjukkan sikap yang positif.Selanjutnya, dengan menyuruh kanak-kanak bermain, kanak-kanak dapat membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otot mereka. Sifat kanak-kanak yang memang suka bermain. Kita tidak seharusnya menyekat masa bermain mereka dengan hanya belajar sepanjang masa. Kanak-kanak akan berasan tertekan dan akan memberi kesan apabila mereka melangkah ke alam remaja. Dengan bermain atau melakukan aktiviti di luar kelas, kanak-kanak dapat berehat setelah penat belajar.
            Antara nasihat Imam al-Ghazali kepada guru ialah agar dapat mengajar kanak-kanak tersebut mengikut kemampuan mereka. Ini kerana, kemampuan dan perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza. Selain itu, perbaiki kelakuan buruk kanak-kanak dengan ‘rahmah’ bukan dengan cara menemplak (Azizah dan Zainun, 2005) mereka apabila mereka melakukan kesalahan. Jika kita terus menerus menempelak kanak-kanak ini, mereka akan berasa takut untuk belajar dan menimbulkan kebencian dalam diri mereka. Setiap pendidik mestilah mengelakkan perkara ini berlaku agar dapat menimbulkan suasana keharmonian dalam sesebuah kelas. Guru juga tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.
1.2 Ibnu Khaldun
Tokoh Islam yang kedua pula iaitu Ibnu Khaldun. Antara pendapat beliau pada peringkat permulaan pendidikan awal kanak-kanak ini iaitu, jangan diajar kanak-kanak perkara-perkara yang susah. Kanak-kanak haruslah diajar daripada perkara yang senang hingga perkara yang susahsecara berperingkat-peringkat. Oleh itu, kanak-kanak ini dapat memperbaiku kelemahan diri mereka dari semasa ke semasa dengan bimbingan dan bantuan guru mahupun ibu bapa mereka sendiri. Seterusnya, memperbanyakan latih tubi secara berterusan agar mereka dapat mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu topik atau mata pelajaran tersebut. Dengan menggunakan benda-benda maujud iaitu benda yang konrit dan menggunakan bahan bantu mengajar, kanak-kanak dapat merasa dan melihat sendiri sesuatu benda itu agar otak mereka berkembang dan menambahkan ilmu pengetahuan mereka.
            Pendapat beliau tentang pendidikan awal kanak-kanak juga ialah kanak-kanak tidak seharusnya dibebankan dengan perkara yang diluar kemampuan mereka sendiri. Ini boleh menyebabkan mereka tidak mahu belajar dan mencerca mata pelajaran yang diajar. Kita tidak seharusnya memberi bebanan kepada kanak-kanak seperti memberi latihan yang banyak untuk disiapkan dalam masa satu hari sahaja ataupun memaksa kanak-kanak tersebut membaca, mengira dan menulis dalam jangka masa yang lama.Beliau juga mencadangkan agar kanak-kanak di peringkat pra sekolah hendaklah diberi contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka. Kanak-kanak tidak seharusnya diajar melalui lisan sahaja sebaliknya dibawa contoh yang konrit untuk ditunjukkan kepada mereka. Misalnya, pada hari ini guru mengajar tentang bola. Guru seharusnya membawa sebiji bola atau berbagai jenis bola untuk kanak-kanak tersebut. Mengajar mereka menyepak, membaling, memegang dan menangkap bola.
            Seterusnya, Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran sebelum menghafalnya. Tafsir dan hukum tentang al-Quran mestilah diajar apabila mereka mencapai tahap dan daya pemikiran mereka.  Di samping itu, kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan. Ibnu Khaldun juga berpendapat bahawa, masa pembelajaran bagi kanak-kanak hendaklah tidak terlalu panjang kerana boleh menyebabkan kanak-kanak lupa apa yang dipelajari. Sebaliknya, jika kanak-kanak belajar dalam jangka masa yang pendek, mereka akan mudah faham sekali gus dapat mengingati apa yang diajar oleh guru mereka disertakan dengan cara yang betul bagi mendapatkan hasil pembelajaran yang baik.
            Selain itu, bahasa merupakan asas kepada pembelajaran kanak-kanak semasa pembelajaran. Jika guru salah menggunakan bahasa komunikasi tersebut kanak-kanak akan terdidik dengan gaya pembelajaran yang tidak seimbang. Pembelajaran mestilah dimulakan dengan menulis dan membaca, kemudian dikaitkan dengan makna atau nilai murni yang sesuai. Akhir sekali, pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi seorang kanak-kanak kerana  meliputi semua aspek.
1.3  Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827).
 Tokoh seterusnya adalah Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827).Terdapat enam idea beliau mengenai pendidikan. Antaranya, anak-anak perlu dibimbing secara pelahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya. Pengalaman itu bermula daripada deria kepada idea yang abstrak. Kita tidak boleh memaksa kanak-kanak diluar potensi dan kemampuan mereka kerana ini akan menyebabkan mereka memberontak.
Selain itu, percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Ini kerana, melalui pengalaman itu, kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi. Di samping itu, beliau percaya bahawa pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Membilang, mengukur, merasa dan menyentuh adalah merupakan konsep yang terbaik dalam pembelajaran dengan menggunakan semua deria yang ada. Seterusnya, guru adalah guru yang mengajar kanak-kanak dan bukan mengajar mata pelajaran. Ini bermakna, guru bukan hanya mengajar subjek tersebut tetapi mengajar juga murid-murid nilai dan erti kehidupan yang sebenar. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur dan yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik mengajar anaknya.
1.4  Friedrich Frobel (1782-1852).
            Tokoh barat yang seterusnya adalah Friedrich Frobel (1782-1852). Frobel merupakan seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”. Beliau  telah menubuhkan sebuah sekolah kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten” pada tahun 1837. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menggangap manusia secara semulajadinya baik. Beliau juga menggangap bahawa dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan. Menurut beliau, “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak perlu berlajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui bermain”.
Antara idea Frobel ialah, keindahan untuk menarik minat kanak-kanak aadalah diperlukan dalam sesebuah taman kanak-kanak. Sekurang-kurangnya, ia dicat dengan warna yang terang, dipenuhi dengan gambar-gambar haiwan dan taman-taman. Seterusnya, sesebuah taman kanak-kanak perlulah dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik mestilah besar bagi memudahkan pergerakan melakukan aktivi semasa pembelajaran. Kelas tersebut perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak tersebut tahu akan duni yang mencabar di luar sana.
Selanjutnya, suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam sekitar. Idea Frobel juga iaitu di taman kanak-kanak, kanak-kanak perlu dipupuk engan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan mereka untuk bermain dan belajar. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.
1.5  Maria Montessori (1870-1952)
 Tokoh barat seterusnya iaitu Maria Montessori (1870-1952). Beliau telah mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembetukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Ataranya konsep minda yang mudah menyerap. Menuruut Montessori, minda seseorang kanak-kanak ini mudah diterima sebelum mereka bersedia untuk diajarkan lagi konsep tersebut melalui deria mereka. Mereka akan mula menyerap peristiwa yang berlaku disekelilingnya daripada mereka mula lahir lagi. Konsep yang setereusnya adalah persekitaran yang tersedia. Ini bermaksud, persekitaran yang lengkap dengan bahan-bahan yang akan menyokong pembetukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila mereka memerlukannya.
 Konsep yang ketiga dikemukakan oleh Montessori adalah didikan diri. Apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan bacaan yang menarik, kanak-kanak mampu menjelaskan presepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai. Menurut Montessori, guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti. Di samping itu, konsep yang dikemukan oleh beliau iaitu bahan pembelajaran. Selepas kanak-kanak memelilih aktiviti pembelajaran mereka, guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana menggunakan bahan tersebut. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak dari segi penumpuan perhatian, kemahiran memerhati dan meniliti, kesedaran presepsi dan lain-lain. Akhir sekali, iaitu tempoh sensitif yang bermaksud tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran.
Menurut falsafah beliau, Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka. Selain itu, terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. Di samping itu, anak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa. Seterusnya, kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak.