Falsafah
dan Pandangan Tokoh-tokoh Pendidikan Awal Kanak-kanak
Pada peringkat awal, terdapat pelbagai falsafah dan pandangan
daripada tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak.
1.1
Imam al-Ghazali
Tokoh Islam yang pertama adalah Imam Al-Ghazali. Imam al-Ghazali
telah mengemukakan beberapa pandangan dan idea-idea beliau tentang pendidikan
awal kanak-kanak. Menurut Azizah dan Zainun(2005) pandangan daripada Kitab Ihya
Ulumiddin mengenai pendidikan
kanak-kanak oleh Imam Al-Ghazali adalah seorang kanak-kanak harus dididik sejak
lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain kecuali perempuan yang
kuat agama dan mulia tingkah lakunya. Ini bermakna, perempuan yang berakhlak
mulia sesuai dijadikan contoh kepada anak-anak kecil yang baru ingin mengenal
dunia.
Seterusnya, Imam
al-Ghazali menyatakan bahawa didiklah kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab
sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. Adab sopan
haruslah dipupuk sejak daripada kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak juga akan lebih berabad jika dididik dengan
pegangan agama yang kuat.Tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak
berbohong, beserdehana dalam perlakuan, tidak bekawan dengan orang jahat dan
tidak berbangga juga merupakan idea dan pandangan Imam al-Ghazali dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Apabila mereka melangkah ke alam remaja mahupun
dewasa, mereka akan berkelakuan baik kerana telah dididik untuk melakukan
amalan yang mulia dan lebih menghormati orang yang lebih tua daripada usianya.
Bersikap tegas
dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, berseronok atau
bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka. Pandangan ini dikemukakan oleh
Imam al-Ghazali untuk mengelakkan kanak-kanak bersikap kurang ajar dan tidak
menghormati orang tua dan ibu bapa apabila mereka dewasa kelak.Seterusnya,
tidak boleh keterlaluan apabila mendera kanak-kanak. Tidak boleh menceuh dan
menimbulkan kebencian dalam diri mereka haruslah dielakkan dalam diri setiap
keluarga ataupun penjaga kanak-kanak itu. Walaupun dalam Islam menekankan untuk
bersikap tegas, namun kita haruslah mengelakkan sikap keterlaluan dalam
menghukum kanak-kanak tersebut apabila mereka melakukan kesalahan, sebaliknya
kita haruslah menyayangi dan membimbing kanak-kanak tersebut.
Di samping itu,
memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. Sebagai seorang pendidik
mahupun ibu bapa, kita mestilah menunjukkan sikap yang baik dan positif dihadapan
kanak-kanak. Ini disebabkan, kanak-kanak akan mengikut segala kelakuan yang
orang dewasa lakukan dihadapan mereka. Jika kita menunjukkan sikap yang buruk,
mereka serta merta akan mengikut tingkah laku kita. Oleh itu, kita mestilah
menunjukkan sikap yang positif.Selanjutnya, dengan menyuruh kanak-kanak
bermain, kanak-kanak dapat membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otot
mereka. Sifat kanak-kanak yang memang suka bermain. Kita tidak seharusnya
menyekat masa bermain mereka dengan hanya belajar sepanjang masa. Kanak-kanak
akan berasan tertekan dan akan memberi kesan apabila mereka melangkah ke alam
remaja. Dengan bermain atau melakukan aktiviti di luar kelas, kanak-kanak dapat
berehat setelah penat belajar.
Antara nasihat
Imam al-Ghazali kepada guru ialah agar dapat mengajar kanak-kanak tersebut
mengikut kemampuan mereka. Ini kerana, kemampuan dan perkembangan setiap
kanak-kanak adalah berbeza. Selain itu, perbaiki kelakuan buruk kanak-kanak
dengan ‘rahmah’ bukan dengan cara menemplak (Azizah dan Zainun, 2005) mereka
apabila mereka melakukan kesalahan. Jika kita terus menerus menempelak
kanak-kanak ini, mereka akan berasa takut untuk belajar dan menimbulkan
kebencian dalam diri mereka. Setiap pendidik mestilah mengelakkan perkara ini
berlaku agar dapat menimbulkan suasana keharmonian dalam sesebuah kelas. Guru
juga tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah
laku yang baik.
1.2 Ibnu Khaldun
Tokoh Islam yang kedua pula iaitu Ibnu
Khaldun. Antara pendapat beliau pada peringkat permulaan pendidikan awal
kanak-kanak ini iaitu, jangan diajar kanak-kanak perkara-perkara yang susah. Kanak-kanak
haruslah diajar daripada perkara yang senang hingga perkara yang susahsecara
berperingkat-peringkat. Oleh itu, kanak-kanak ini dapat memperbaiku kelemahan
diri mereka dari semasa ke semasa dengan bimbingan dan bantuan guru mahupun ibu
bapa mereka sendiri. Seterusnya, memperbanyakan latih tubi secara berterusan
agar mereka dapat mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu topik atau mata
pelajaran tersebut. Dengan menggunakan benda-benda maujud iaitu benda yang
konrit dan menggunakan bahan bantu mengajar, kanak-kanak dapat merasa dan
melihat sendiri sesuatu benda itu agar otak mereka berkembang dan menambahkan ilmu
pengetahuan mereka.
Pendapat beliau
tentang pendidikan awal kanak-kanak juga ialah kanak-kanak tidak seharusnya
dibebankan dengan perkara yang diluar kemampuan mereka sendiri. Ini boleh
menyebabkan mereka tidak mahu belajar dan mencerca mata pelajaran yang diajar.
Kita tidak seharusnya memberi bebanan kepada kanak-kanak seperti memberi
latihan yang banyak untuk disiapkan dalam masa satu hari sahaja ataupun memaksa
kanak-kanak tersebut membaca, mengira dan menulis dalam jangka masa yang
lama.Beliau juga mencadangkan agar kanak-kanak di peringkat pra sekolah
hendaklah diberi contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera
mereka. Kanak-kanak tidak seharusnya diajar melalui lisan sahaja sebaliknya
dibawa contoh yang konrit untuk ditunjukkan kepada mereka. Misalnya, pada hari
ini guru mengajar tentang bola. Guru seharusnya membawa sebiji bola atau
berbagai jenis bola untuk kanak-kanak tersebut. Mengajar mereka menyepak,
membaling, memegang dan menangkap bola.
Seterusnya, Ibnu
Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran sebelum menghafalnya. Tafsir dan
hukum tentang al-Quran mestilah diajar apabila mereka mencapai tahap dan daya
pemikiran mereka. Di samping itu,
kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan
bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan
mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar,
membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan. Ibnu Khaldun juga berpendapat
bahawa, masa pembelajaran bagi kanak-kanak hendaklah tidak terlalu panjang
kerana boleh menyebabkan kanak-kanak lupa apa yang dipelajari. Sebaliknya, jika
kanak-kanak belajar dalam jangka masa yang pendek, mereka akan mudah faham
sekali gus dapat mengingati apa yang diajar oleh guru mereka disertakan dengan
cara yang betul bagi mendapatkan hasil pembelajaran yang baik.
Selain itu,
bahasa merupakan asas kepada pembelajaran kanak-kanak semasa pembelajaran. Jika
guru salah menggunakan bahasa komunikasi tersebut kanak-kanak akan terdidik
dengan gaya pembelajaran yang tidak seimbang. Pembelajaran mestilah dimulakan
dengan menulis dan membaca, kemudian dikaitkan dengan makna atau nilai murni
yang sesuai. Akhir sekali, pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan
yang baik dalam membentuk peribadi seorang kanak-kanak kerana meliputi semua aspek.
1.3
Johann
Heinrich Pestalozzi (1746-1827).
Tokoh seterusnya adalah
Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827).Terdapat enam idea beliau mengenai
pendidikan. Antaranya, anak-anak perlu dibimbing secara pelahan-lahan
berdasarkan potensi yang ada padanya. Pengalaman itu bermula daripada deria
kepada idea yang abstrak. Kita tidak boleh memaksa kanak-kanak diluar potensi
dan kemampuan mereka kerana ini akan menyebabkan mereka memberontak.
Selain itu, percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada
pengalaman-pengalaman deria. Ini kerana, melalui pengalaman itu, kanak-kanak
boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi. Di samping itu, beliau percaya
bahawa pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Membilang, mengukur, merasa
dan menyentuh adalah merupakan konsep yang terbaik dalam pembelajaran dengan
menggunakan semua deria yang ada. Seterusnya, guru adalah guru yang mengajar
kanak-kanak dan bukan mengajar mata pelajaran. Ini bermakna, guru bukan hanya
mengajar subjek tersebut tetapi mengajar juga murid-murid nilai dan erti
kehidupan yang sebenar. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur dan
yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik mengajar anaknya.
1.4
Friedrich
Frobel (1782-1852).
Tokoh barat yang seterusnya adalah Friedrich Frobel
(1782-1852). Frobel merupakan seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau
digelar sebagai “Bapa Tadika”. Beliau
telah menubuhkan sebuah sekolah kanak-kanak yang dinamakan
“Kindergarten” pada tahun 1837. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan
menggangap manusia secara semulajadinya baik. Beliau juga menggangap bahawa
dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan. Menurut beliau,
“kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun,
kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak perlu
berlajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui
bermain”.
Antara idea Frobel ialah, keindahan untuk menarik minat
kanak-kanak aadalah diperlukan dalam sesebuah taman kanak-kanak.
Sekurang-kurangnya, ia dicat dengan warna yang terang, dipenuhi dengan
gambar-gambar haiwan dan taman-taman. Seterusnya, sesebuah taman kanak-kanak
perlulah dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan
bilik mestilah besar bagi memudahkan pergerakan melakukan aktivi semasa
pembelajaran. Kelas tersebut perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian
dan objek-objek untuk kanak-kanak tersebut tahu akan duni yang mencabar di luar
sana.
Selanjutnya, suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal
kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya
alam sekitar. Idea Frobel juga iaitu di taman kanak-kanak, kanak-kanak perlu
dipupuk engan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman
kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan mereka untuk bermain dan
belajar. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek
supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.
1.5
Maria
Montessori (1870-1952)
Tokoh
barat seterusnya iaitu Maria Montessori (1870-1952). Beliau telah mengemukakan
beberapa konsep asas dalam pembetukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat
awal. Ataranya konsep minda yang mudah menyerap. Menuruut Montessori, minda
seseorang kanak-kanak ini mudah diterima sebelum mereka bersedia untuk
diajarkan lagi konsep tersebut melalui deria mereka. Mereka akan mula menyerap
peristiwa yang berlaku disekelilingnya daripada mereka mula lahir lagi. Konsep
yang setereusnya adalah persekitaran yang tersedia. Ini bermaksud, persekitaran
yang lengkap dengan bahan-bahan yang akan menyokong pembetukan konsep dan
pengetahuan kanak-kanak apabila mereka memerlukannya.
Konsep yang ketiga
dikemukakan oleh Montessori adalah didikan diri. Apabila persekitaran mereka
disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan bacaan yang menarik, kanak-kanak
mampu menjelaskan presepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang
sesuai. Menurut Montessori, guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara
formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan
dan aktiviti. Di samping itu, konsep yang dikemukan oleh beliau iaitu bahan
pembelajaran. Selepas kanak-kanak memelilih aktiviti pembelajaran mereka, guru
hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana menggunakan bahan tersebut.
Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi
memajukan diri kanak-kanak dari segi penumpuan perhatian, kemahiran memerhati
dan meniliti, kesedaran presepsi dan lain-lain. Akhir sekali, iaitu tempoh
sensitif yang bermaksud tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai
sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak
menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran.
Menurut falsafah beliau, Ibu bapa patut diberi latihan dalam
perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing
anak mereka. Selain itu, terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling
sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif
ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. Di samping itu, anak-kanak
mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang
dewasa. Seterusnya, kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran
akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak.
No comments:
Post a Comment